Saturday, August 20, 2011

Suara Siswa



MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN (MPPK)
PEJABAT MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA,
BANGUNAN PERSATUAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
81310 UTM SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM
Tel: 012-2274949       Fax: (607)-5530491    Web: http://jemaahydpmpp.blogspot.com   Emel: ydpmpp@gmail.com

_______________________________________________________________________________

Ruj. Kami : MPPK/SS/RTM (1)                                                                                    15 JUN 2011

Ruj. Tuan  :

YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Pejabat YB Menteri,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Sultan Abdul Samad
Jalan Raja,
50610,
KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum w.b.t

YB Dato’ Seri Utama,

PEMOHONAN PENYAMBUNGAN SIARAN SUARA SISWA DI RTM 1

Sukacita dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.
                                                                          
2.                  Sebagaimana yang telah diketahui umum sebelum ini pihak RTM telah menyediakan suatu platform yang baik kepada mahasiswa dalam menyuarakan pandangan terhadap isu semasa merangkumi seluruh aspek seperti ekonomi, politik, sosial dan alam sekitar menerusi siaran Suara Siswa. Perbincangan yang menghimpunkan pimpinan mahasiswa dari IPTA dan IPTS ini merupakan suatu medium perbincangan yang kritis dan mempunyai ramai peminat terutamanya golongan siswa sehinggakan mereka mengeluarkan idea dan pendapat ke atas topik perbincangan menerusi laman Facebook Suara Siswa, Dr Fazley dan penerbit suara siswa. Kehadiran tetamu jemputan seperti Naib Canselor dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan merancakkan perbincangan.

3.                  Namun apa yang dikesali adalah pihak RTM telah menghentikan siaran tersebut sejak beberapa bulan yang lalu. Penghentian rancangan tersebut juga menjadi perbualan hangat dikalangan mahasiswa baik di IPTA mahupun di IPTS. Malah dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bil 1/2011 yang berlangsung di PWTC pada 3 Jun 2011 yang lalu, pimpinan mahasiswa juga sekali lagi menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyuddin Yassin selaku pengerusi mesyuarat mengenai rancangan tersebut yang telah dihentikan.

4.                  Butiran rancangan adalah seperti berikut:
                      Program    : Suara Siswa
                      Hari            : Selasa jam 10 malam
                      Ahli panel  : 2 orang wakil pemimpin mahasiswa IPTA dan seorang
wakil pimpinan mahasiswa IPTS


5.                  Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik YB Dato’ Seri untuk mengkaji semula penghentian siaran tersebut agar medium dan platform yang disediakan sejak beberapa tahun lalu bagi mahasiswa memberikan pendapat dan idea serta kritikan sesuatu isu diteruskan. Rancangan ini adalah suatu landasan terbaik dalam membangunkan modal insan yang menyumbang pada pembangunan negara, agama, bangsa dan masyarakat sebagaimana yang sering dilaungkan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang tercinta.

6.                  Besar harapan kami warga pimpinan mahasiswa agar pihak YB Dato’ Seri dapat mempertimbangkan permohonan ini kerana besar manfaat yang bakal dikecapi secara bersama pada masa akan datang. Segala pertimbangan yang diberikan oleh pihak YB Dato’ Seri sangat kami hargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

“Exemplary, Energetic and Action-Oriented”

Yang Benar,
 
(WAN AHMAD HAZMAN BIN WAN DAUD)
 Jurucakap,
 Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Sesi 2011/2012
 Merangkap Pengerusi Jemaah YDP MPP Kebangsaan.
 012-2274949

s.k:
YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin 
Menteri Pengajian Tinggi
            Kementerian Pengajian Tinggi

YBhg. Datuk Ibrahim Yahaya
Ketua Pengarah Penyiaran
Jabatan Penyiaran Malaysia

YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed
            Pengarah
            Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
            Jabatan Pengajian Tinggi




No comments:

Post a Comment